Tuesday, May 31, 2011

Tips Isi Rumah Yang Menakjubkan

Adakah kegunaan cuka putih atau "White Vinegar" hanya digunakan dalam bidang masakan sahaja???

KEGUNAAN CUKA
 1) Bersihkan peti ais anda menggunakan cuka.
     * Sediakan campuran cuka dan air dengan nisbah 50:50
     * Celupkan kain atau span ke dalam campuran tadi dan gosokkan ke tempat yang anda ingin cuci.

 2) Cuka membersihkan dalaman "microwave oven" anda..
     * Sediakan semangkuk campuran 60 ml cuka dan 250 ml air.
     * Kemudian masukkan campuran tadi ke dalam microwave anda dan aktifkan (on kan) microwave anda dan setkan "high" selama 5 minit.

3) Cuka menghilangkan kesan kopi dan teh di cawan anda.
    * Campurkan cuka dan garam. Kemudian sental kotoran pada cawan anda.

Tips Isi Rumah

Hari ini merupakan hari yang mencabar dan memerlukan usaha yang berterusan dalam meningkatkan pendapatan isi rumah. Malaysia belum mencapai tahap isi rumah berpendapatan tinggi seperti yang diharapkan. Harga minyak di pasaran tempatan semakin meningkat sehingga golongan berpendapatan rendah dan sederhana merasa semakin terhimpit. Kadar tarif elektrik meningkat 7 peratus disebabkan meningkatnya  kos sumber tenaga bagi menjana industri elektrik. Harga barang-barang pengguna sudah semestinya naik apabila kos sumber tenaga utama dunia meningkat. Apakah tindakan bijak kita sebagai pengguna??? Masih wujudkah cara penjimatan pintar yang boleh kita laksanaka????


Salah satu usaha yang boleh kita buat ialah dengan mencipta sendiri barang-barang keperluan isi rumah. Contohnya sabun pencuci tandas dan lantai, polish kereta dan banyak lagi.